Saturday 1 June 2013

Sebab Along Rumah Tergadai

Along ugut serah rumah
 
KUALA LUMPUR: “Saya sekeluarga kini trauma dan sudah tidak tahan lagi kerana sering diganggu along yang meminjamkan wang kepada adik ipar saya,” demikian luahan hati seorang jurutera, Ong Hwa Cheong, 44, yang sekali lagi menjadi mangsa kemarahan samseng along apabila keretanya pula dibakar dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di kediamannya di Klang, kelmarin.
Sebelum ini, depan rumahnya pernah dibakar samseng along sama selepas adik iparnya yang meminjam wang daripada along terbabit bagi membuka perniagaan baru menghilangkan diri. Menurutnya, tindakan adik iparnya itu menimbulkan kemarahan samseng along terbabit yang kemudian membakar depan rumah dan belakang kereta miliknya.Along terbabit menggunakan molotov koktel untuk membakar belakang kereta mangsa. Kejadian itu disedari jirannya yang memadam kebakaran berkenaan.
“Sebelum ini, mereka memberi dua pilihan kepada saya, yang pertama, saya diminta mencari adik ipar atau terpaksa menanggung semua hutang miliknya dan yang kedua, saya perlu memberi rumah saya itu kepada ketua kumpulan along terbabit.
“Kini, jiran menyuruh saya berpindah kerana mereka khuatir terbabit dengan masalah yang dimulakan adik ipar saya itu,” katanya dalam sidang media Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
Ong yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan masalah itu berharap adik iparnya dapat tampil dan bertanggungjawab dengan masalah yang dimulakannya kerana bimbang dengan keselamatan keluarga yang lain.
Sementara itu, dalam sidang media sama, seorang lagi mangsa dari Kepong yang mahu dikenali sebagai Chong, 30, berdepan masalah sama apabila keretanya turut dibakar samseng along, Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment