Sunday 19 May 2013

Pelaburan ASB

Satu Keajaiban Dunia

Anda mungkin tidak menyedarinya tetapi anda sedang meninjau pada tiket kearah kebebasan kewangan. Benar  panduan kecil ini adalah pas ke arah impian kewangan anda dimasa hadapan.
Pernahkah ada mendengar atau membaca tentang “Compound Interest”. Ianya terkenal di sektor perbankan dan terma ini timbul bila bank mendapat interest dengan memberi pinjaman kepada orang ramai.  Dalam sektor pelaburan, hasil pelaburan dipanggil dividen, dengan ini pasti lebih sesuai hasil pelaburan anda dipanggil Compound Dividend.
Jika ada 8 keajaiban dunia, compound dividend seharusnya menjadi salah satu darinya. 




Jangan bimbang jika anda bukan genius matematik, saya akan memberikan bayangannya kepada anda. Albert Einstein mengelarkan formula ringkas yang mengelirukan ini sebagai “The Greatest Mathematical Discovery of All Time”. Saya mengambarkannya sebagai Tiket Kebebasan Kewangan.
Benar, hanya dengan tiga input mudah boleh merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. Tiga input berkenaan ialah wang, dividen dan masa.
Benci matematik tapi suka wang? Teruskan bacaan.
Memandangkan ungkapan tidak memadai untuk mengambarkan keajaiban sifat compound dividend, mari kita cuba mengunakan kaedah visual dengan melihat beberapa jadual.

Bagaimana pelaburan RM1,000.00 berkembang biak mengikut masa dalam 6 senario berbeza



Opsyen   1
Opsyen   2
Opsyen   3
Opsyen   4
Opsyen   5
Opsyen   6
Dividend
0.5%
3%
6%
7%
10%
15%
Labur Mula
1,000
1,000
1,000
1,000
1,000
1,000
5 tahun
1,025
1,159
1,338
1,403
1,611
2,011
10 tahun
1,051
1,344
1,791
1,967
2,594
4,046
15 tahun
1,078
1,558
2,397
2,759
4,177
8,137
20 tahun
1,105
1,806
3,207
3,870
6,727
16,367
25 tahun
1,133
2,094
4,292
5,427
10,835
32,919
30 tahun
1,161
2,427
5,743
7,612
17,449
66,212



Seperti yang anda lihat, dengan hanya melabur sejumlah wang dan mengekalkannya  boleh merubah RM1,000 kepada lebih RM66,000 dalam tempoh hanya 30 tahun. Sebenarnya anda bukan sahaja memperolehi dividen tetapi anda juga telah memperolehi dividen ke atas dividen anda, dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah melaburkan sebahagian dari gaji pertama anda. Sejujurnya nilai RM66,000 ketika itu tidak sama besarnya dengan nilai sebelumnya. Jadi mari kita membuat satu rombakan kecil dan melabur RM1,000 pada setiap tahun.  

Maka terhasil jadual yang lebih menarik dari sebelumnya

Opsyen   1
Opsyen   2
Opsyen   3
Opsyen   4
Opsyen   5
Opsyen   6
Dividend
0.5%
3%
6%
7%
10%
15%
Labur Mula
1,000
1,000
1,000
1,000
1,000
1,000
5 tahun
6,101
6,628
7,314
7,556
8,326
9,765
10 tahun
11,330
13,152
15,762
16,751
20,125
27,395
15 tahun
16,692
20,715
27,069
29,647
39,127
62,855
20 tahun
22,189
29,483
42,200
47,735
69,730
134,177
25 tahun
27,825
39,647
62,448
73,104
119,016
277,631
30 tahun
33,603
51,430
89,545
108,685
198,393
566,169



Dengan hanya melabur RM1,000 setiap tahun selama 30 tahun, pelaburan kita kini telah mencecah lebih setengah juta ringgit. Lumayan hasilnya? Saya percaya anda boleh pergi lebih jauh lagi kerana tidak sukar untuk mencapai sasaran satu juta ringgit. Hanya dengan melabur RM1,800 setahun (RM150 sebulan) dan kadar dividen 15% setahun, satu juta ringgit tersebut akan menjadi milik anda.
Dan perkara terbaik berkenaan compound dividend ini ialah ianya berfungsi kepada semua orang samada anda memiliki RM50 atau pun RM200,000. Teruskanlah, berfikir dengan compound interest calculator ini untuk melihat apa yang telah kita dibincangkan. 




ASB


 





Skim ini bertujuan untuk membantu Bumiputera meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Dana daripada pelabur ini dikumpulkan oleh ASNB yang merupakan anak syarikat PNB dan dilaburkan oleh PNB sendiri ke dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Skim ini sangat istimewa dan merupakan terjemahan kepada "hak istimewa" bumiputera sebagaimana diperuntukkan dan dijamin dalam Perlembagaan. 


PULANGAN DAN RISIKO



Saya percaya semua telah sedia maklum terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang boleh dipilih oleh pelabur-pelabur yang sememangnya mempunyai matlamat ataupun objektif pelaburan yang berbeza-beza samada mengikut tahap kemampuan, perbezaan umur, peratusan pulangan, dan tahap risiko yang perlu dihadapi.

Bukan semua individu mampu untuk melabur di sektor hartanah, saham dan derivatif kewangan yang mana memerlukan modal dan kelayakan untuk meminjam yang tinggi. Seseorang boleh menjadi pelabur dengan hanya bermodalkan RM10.00 jika melabur dalam ASB dan akaun simpanan tunai walaupun kebanyakkannya menganggap simpanan tunai bukanlah suatu bentuk pelaburan.

Justeru itu, kita dapat melihat bahawa hampir semua individu mampu untuk melabur di dalam ASB yang berisiko rendah walaupun menjanjikan pulangan yang rendah dan kita juga sangat pasti bahawa bukan semua individu terutamanya yang berpendapatan rendah dan golongan muda yang baru mula bekerja mampu untuk melabur dalam hartanah, saham dan derivatif kewangan yang berisiko tinggi walaupun menjanjikan pulangan yang lebih tinggi.



FATWA





AGIHAN PENDAPATAN











Berdasarkan kepada jadual agihan pendapatan ASB di atas, boleh dikatakan pulangan ASB tidak pernah lebih rendah daripada BLR dan dapat disimpulkan bahawa sejak tahun 2008 sehingga kini trend dividen secara keseluruhannya sedang meningkat dari masa ke semasa. Oleh yang demikian peluang untuk mendapat pulangan yang lebih baik untuk tahun hadapan adalah lebih tinggi.


  Opsyen 1- Labur RM200K - Sekaligus







Keterangan andaian-andaian yang digunakan dalam pengiraan:-

Pelaburan mula sebanyak RM200,000 digunakan kerana nilai ini adalah nilai had maksimum pelaburan yang dibenarkan bagi pelabur baru.

Dividen 7.75% dan bonus 1.15% digunakan kerana ia adalah peratusan agihan pendapatan yang terbaru (2012) diberikan kepada pelabur dan trend agihan pendapatan yang sedang meningkat sejak dari tahun 2008.

Tempoh pelaburan  25 tahun digunakan kerana ASB sangat sesuai untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang.

Pengiraan dividen adalah berdasarkan kepada peratusan dividen yang diisytiharkan terhadap jumlah baki minimum pelaburan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan pada tahun yang berkenaan.

Pengiraan bonus adalah berdasarkan kepada peratusan bonus yang diisytiharkan terhadap jumlah baki minimum pelaburan setiap bulan bagi tempoh 120 bulan sebelumnya.

Kebaikkan :-
Opsyen ini adalah sesuai untuk mereka yang memiliki modal yang banyak/mencukupi untuk memenuhi had pelaburan maksimum yang dibenarkan.

Kelemahan :-
Mereka yang tidak memiliki modal yang banyak tidak dapat memenuhi had pelaburan maksimum dan sekaligus merugikan mereka kerana tidak dapat memanipulasi sepenuhnya kouta yang telah diberikan kepada mereka.

 Analisa dan Kesimpulan :-
Sepanjang tempoh 25 tahun, nilai pelaburan telah meningkat sehingga mencapai  RM1,517,460.19 dan modal yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak RM200,000.00 sahaja iaitu ketika diperingkat awal pelaburan. Dengan ini hasil keuntungan daripada pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1,317,460.19 iaitu 6.59 kali ganda atau 659% dari modal pelaburan.

  Opsyen 2- Labur RM1.2K Sebulan






Keterangan andaian-andaian yang digunakan dalam pengiraan:-
Pelaburan bulanan sebanyak RM1,200.00 digunakan kerana nilai ini adalah jumlah bayaran yang diperlukan untuk pinjaman sebanyak RM200,000.00

Nilai-nilai lain adalah setara dengan opsyen-opsyen lain yang dikaji untuk memastikan perbandingan yang setara.  
 
Ciri-ciri :-
Option ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak memiliki modal yang banyak untuk memenuhi had pelaburan maksimum yang dibenarkan secara sekali gus. Sesuai juga untuk mereka yang tidak suka berhutang dan mempercayai bahawa hutang adalah suatu bebanan dalam hidup tetapi ada mempunyai tekad untuk melabur sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dengan sumber sendiri.

Analisa dan Kesimpulan :-
Sepanjang tempoh 25 tahun, nilai pelaburan telah meningkat sehingga mencapai  RM1,164,943.72 dan modal yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak (RM1,200 x 12 x 25) RM360,000.00. Dengan ini hasil keuntungan daripada pelaburan tersebut adalah sebanyak RM804,943.72 iaitu 2.24 kali ganda atau 224% dari modal pelaburan.

  Opsyen 3- Labur RM200K - Pinjaman






Keterangan andaian-andaian yang digunakan dalam pengiraan:-
Pinjaman bagi tujuan pelaburan sebanyak RM200,000.00 digunakan kerana nilai ini adalah jumlah had pelaburan yang dibenarkan dalam ASB. 

Nilai-nilai lain adalah setara dengan opsyen-opsyen lain yang dikaji untuk memastikan perbandingan yang setara.  
 
Kadar bayaran adalah bayaran pinjaman bulanan (2013) iaitu dengan kadar interest sebanyak 4.95 daripada Bank-Bank Konvensional. Pinjaman patuh syariah juga boleh diperolehi.

Untuk pengiraan, bayaran tahun pertama perlu dijelaskan oleh pelabur menggunakan duit poketnya sendiri dan untuk tahun-tahun seterusnya menggunakan hasil dividen dan bonus daripada pelaburan ini.

Ciri-ciri:-
Option ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak memiliki modal yang banyak/mencukupi untuk memenuhi had pelaburan maksimum yang dibenarkan secara sekali gus. Sesuai juga untuk mereka yang sanggup berhutang dan mempercayai bahawa hutang adalah suatu instrument membantu pelaburan/perniagaan dan tidak menganggap hutang sebagai bebanan dalam pelaburan. Komitmen tinggi akibat hutang

Analisa dan Kesimpulan :-
Sepanjang tempoh 25 tahun, nilai pelaburan telah meningkat sehingga mencapai  RM457,822.21 dan modal yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak (RM1,200 x 12) RM14,400.00. Dengan ini hasil keuntungan daripada pelaburan tersebut adalah sebanyak RM443,422.21 iaitu 30.79 kali ganda atau 3,079% dari modal pelaburan.


Jadual Bayaran Balik Pinjaman




Jadual Perbezaan Opsyen-Opsyen




Berdasarkan kepada jadual di atas didapati pelaburan mengunakan opsyen pertama, kedua dan ketiga  memberikan nilai hasil pulangan yang tinggi. Bagaimana pun modal yang perlu dilaburkan bagi opsyen-opsyen berkenaan juga didapati sangat tinggi. 

Sebaliknya didapati pelaburan mengunakan opsyen keempat memberikan hasil pulangan yang rendah iaitu RM443,422.21 dan modal yang diperlukan juga didapati sangat rendah iaitu RM14,400.00 sahaja. Ini menyebabkan peratusan pulangan sepanjang 25 tahun berkenaan sangat tinggi iaitu sehingga mencecah 3,079 %  dari modal yang dilaburkan atau secara purata 123% setahun.

2 comments: