Cubaan seludup petrol di patah
KOTA KINABALU 28 Mei - Rondaan keselamatan Ops Daulat yang dilakukan oleh Polis Marin Semporna di perairan daerah itu berjaya membanteras aktiviti penyeludupan 1,000 liter minyak petrol ke negara luar.Pegawai Pemerintahnya, Asisten Supritendan Mat Zawawi Mat Yaacob berkata, dalam kejadian pukul 9 malam semalam, pihaknya mengesan sebuah bot pancung yang dalam keadaan mencurigakan dan bergerak keluar dari perairan Semporna.
Katanya, ketika pihaknya menghampiri bot itu bagi membuat pemeriksaan, seorang lelaki yang berada di dalam bot telah bertindak terjun ke laut.
No comments:
Post a Comment