Skim cepat kaya
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skim cepat kaya
merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau
dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat
bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan
yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi
daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang
diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang
pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat
kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau
perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi.
Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran
pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit
baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan
para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
No comments:
Post a Comment