
Kelayakan Melabur Dipanjangkan Sehingga 6 Bulan Keatas.
Akaun Remaja layak bagi ibu bapa atau penjaga sah yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18
tahun. Ha ha ha tapi bila dah masuk jangan mimpi boleh keluar sehingga berumur 12 tahun.....itu pun sikit-sikit jer.
Sebelum ni Akaun Remaja hanya untuk kanak-kanak atau remaja berumur 12 -18 tahun.
Sebelum ni Akaun Remaja hanya untuk kanak-kanak atau remaja berumur 12 -18 tahun.
Had Melabur Akaun Remaja Dinaikkan kepada RM50,000.00
KUALA LUMPUR 26 Jun 2012 - Mulai 1 Julai ini, had pelaburan bagi Akaun Remaja
Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan ditingkatkan kepada 50,000 unit,
menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB),
Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. - UTUSAN.
He he he dulu RM10,000 unit jer.
PENTING SANGAT KE PERKARA NI?
Benar kuota ini sangat penting kepada pelabur yang ingin mengunakan koutanya dengan duit pinjaman tetapi kuota sendiri telah pun ada duit sendiri. Nak minta anak buat pinjaman confirm tak lepas he he he budak sekolah boleh dapat pinjaman ka?
So salah satu kaedah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengeluarkan wang pelaburan sediada dan masukkan kedalam Akaun Remaja anak sebab dividen sama dengan Akaun Dewasa. Kalau ada duit lebih lagi boleh le masukkan ke dalam AS1M, Tabung Haji dan yang lain-lain yang mampu memberikan dividen yang memuaskan.

Bila Akaun ASB dah kosong, boleh lah mula apply loan
Ni dapat maklum balas dari bank... anda layak mohon RM240K. Terkejut jugaklah. Dulu ingatkan RM200K aje yang boleh dipinjam disebabkan had limit melabur hanya RM200K, rupa-rupanya had maximum pelaburan setiap individu akan bertambah bila kita dapat dividen dan bonus. Dalam kes ni dividen dan bonus terkumpul ialah RM41,413.71 jadi had limit baru ialah RM241,413.71 Pihak bank bagi RM240K so boleh tambah lagi RM1,413.71 tu sendiri untuk penuhkan kouta tu.......Apa lagi mohon semaksimum yang boleh la he he he.
Mungkin ramai yang tak faham senario kes ini. Sebenarnya dulu lagi ramai dah buat loan ASB nie tetapi terpaksa dijual disebabkan komitmen pinjaman perlu dikurangkan untuk beli rumah dan sebagainya. Biasalah bila nak beli rumah, bank akan tengok komitmen pinjaman kita. Maka ramailah yang jual ASB ni untuk memastikan pinjaman rumah mereka takde masalah.
Bila urusan jual beli rumah dah selesai, terasa rugi pulak tak ambil loan ASB. Maka ramai yang mohon semula loan ASB ni. Loan ASB ni senang sikit nak lulus sebab pegawai bank yang uruskan ASB ni tau risiko dia rendah.
Nak tau ramai tak ramai yang melabur dalam ASB nie boleh tengok bank bila dividen dan bonus diagihkan di awal tahun he he he berbaris-baris orang nak kutip hasil dan update buku ASB.
Terima kasih terlebih dahulu kepada yang sudi komen
ReplyDelete