Thursday 30 May 2013

Masuk Islam Kaji Matahari Terbit



Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat







Pusat Islam Kyiv

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry

Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.
Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.

Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Berita Penuh



Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 – Letupan Solar

Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ini tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).

Ribut magnet yang melanda ini dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa. Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.

Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.

Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Berikut beberapa gambar suasana di matahari ketika berlaku letupan solar atau disebut solar flare yang berlaku pada hari Ahad lalu :

Untuk melihat gambar pemandangan kesan ribut magnet yang berlaku di Scotland, selatan England dan utara Ireland, sila klik pada link dibawah :

Ribut Solar



Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012

Wednesday 29 May 2013

Skim cepat kaya

Skim cepat kaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.

Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

Larikan Mesin ATM

Penjenayah gagal larikan mesin ATM

Mesin ATM yang gagal dilarikan pencuri di Kampung Baru Subang, dekat Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Mei - Sekumpulan penjenayah gagal melarikan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Baru Subang dekat sini walaupun mesin tersebut telah ditarik keluar awal pagi ini.
Kejadian itu hanya disedari pada pukul 5.30 pagi dan kumpulan itu dikatakan cuba memecahkan mesin ATM itu selepas memotong wayar kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bank tersebut.

Seludup Petrol

Cubaan seludup petrol di patah

KOTA KINABALU 28 Mei - Rondaan keselamatan Ops Daulat yang dilakukan oleh Polis Marin Semporna di perairan daerah itu berjaya membanteras aktiviti penyeludupan 1,000 liter minyak petrol ke negara luar.
Pegawai Pemerintahnya, Asisten Supritendan Mat Zawawi Mat Yaacob berkata, dalam kejadian pukul 9 malam semalam, pihaknya mengesan sebuah bot pancung yang dalam keadaan mencurigakan dan bergerak keluar dari perairan Semporna.
Katanya, ketika pihaknya menghampiri bot itu bagi membuat pemeriksaan, seorang lelaki yang berada di dalam bot telah bertindak terjun ke laut.

Tuesday 28 May 2013

ATM dipecah

ATM dipecah, RM126,000 dilarikan
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
ATM dipecah, RM126,000 dilarikan
Anggota forensik polis memeriksa lubang yang ditebuk penjenayah untuk masuk ke premis sebelah yang menempatkan mesin ATM di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR - Sekumpulan penjenayah begitu licik mengaburi kegiatan mereka memecah sebuah mesin pengeluaran tunai automatik (ATM) dan melarikan wang berjumlah lebih RM100,000 dalam kejadian di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, di sini, awal pagi, semalam.


Berita Penuh

Biru Merah & Hijau








Lama lagi garis merah nak bertemu garis biru he he he. Hijau tu rasanya tak jumpa tahun nie bertambah rindu la jawapnya.

WARNING AND DISCLAIMER. Be advised and warned:

Do NOT use these commentaries to trade. Take them as entertainment and NEVER insert a 747 Jumbo Jet up your nose. No, I don't.

Monday 27 May 2013

Sanggup pecah masuk rumah jiran

Sanggup pecah masuk rumah jiran
NUR FARHANA ABDUL MANAN
27 Mei 2013
Sanggup pecah masuk rumah jiran
ABD RAZAK
SERI KEMBANGAN – Berkemungkinan tidak cukup dengan pendapatan diperoleh bekerja sebagai ejen hartanah, seorang lelaki sanggup memecah masuk rumah jirannya sendiri dan mencuri barang berharga sebelum dijual kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun, aktiviti yang dijadikan pekerjaan sambilan itu membawa padah apabila dia berjaya dicekup anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Seri Kembangan diketuai Inspektor Chai Chee Boon, 14 Mei lalu.

Berita penuh

Misteri kehilangan terungkai

Misteri kehilangan terungkai
AHMAD ISMADI ISMAIL & MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
27 Mei 2013
Misteri kehilangan terungkai
Rangka yang ditemui dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Misteri kehilangan terungkai
Rangka mangsa yang ditemui semalam.
SHAH ALAM - Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran beberapa keping gambar di percayai mayat kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa Titisannnya Sakera.

Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.

Berita Penuh

Wanita mati dibunuh kejam

Wanita mati dibunuh kejam
NUR FARHANA ABDUL MANAN
5 Februari 2012
Wanita mati dijerut dan dibunuh dengan kejam
SERDANG – Tanda tanya dan kerisauan seorang suami terhadap isteri yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila wanita itu ditemui mati dijerut serta ditikam kira-kira 200 meter dari tempatnya bekerja di Serdang Perdana, lewat malam kelmarin.

Berita Penuh
Penarik kenderaan lagak ‘samseng’
Wartawan Sinar Harian
5 Februari 2012
Penarik kenderaan lagak ‘samseng’
LAGAKNYA seperti ‘samseng’, terus menerjah ke arah kenderaan dan menggertak pemilik kereta di khalayak ramai, gara-gara gagal melangsaikan ansuran bulanan.

Kegiatan ejen penarik kenderaan terutamanya kereta yang sering berlagak seperti ‘samseng’ ini, kadang kala menjadi igauan setiap pemilik kenderaan.

Berita Penuh

Penemuan 2 rangka

17 individu ditahan kes penemuan 2 rangka

SHAH ALAM 27 Mei - Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan kes penemuan dua rangka manusia dipercayai mangsa culik di tepi sungai di Seksyen 26 di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua mereka merupakan warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan secara berasingan susulan penangkapan dua lelaki Indonesia di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 baru-baru ini.

Maut ditetak ketika minum

Maut ditetak ketika minum

KLANG 27 Mei - Seorang pemuda yang sedang minum arak bersama adik dan tiga rakannya mati selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki di Lorong Tapah, Jalan Goh Hock Huat di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, A. Dalvin Raj, 21, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat ditetak bertubi-tubi oleh kumpulan lapan lelaki itu.

Pecah Rumah

Keprihatinan jiran selamatkan 5 sekeluarga

JOHOR BAHRU 27 Mei - Tindakan pantas seorang jiran menghubungi polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga selepas rumah mereka di Bandar Baru Permas Jaya di sini dipecah masuk dua penjenayah pada Khamis lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika kesemua mangsa berusia antara empat hingga 61 tahun berada di dalam rumah.
"Seorang jiran yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 25 dan 33 tahun.

Dendam Kongsi Gelap

Pemuda maut ditembak, rakan hampir putus telinga diserang 10 lelaki

KLANG 27 Mei - Seorang pemuda maut manakala seorang rakannya parah diserang 10 lelaki bersenjatakan pistol dan parang di sebuah kedai makan di Batu 6, Jalan Meru di sini awal pagi ini.
Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, B. Santanam, 28, sedang minum bersama 19 kenalannya sebelum mereka dihampiri sekumpulan 10 lelaki lain di kedai makan itu.
Santanam bersama rakannya yang cedera parah itu bersama-sama 18 rakan mereka berkumpul meraikan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka.
Difahamkan ketika kejadian, tiada pelanggan lain di kedai makan tersebut dan punca pergaduhan dua kumpulan itu dikatakan berpunca daripada dendam antara dua kumpulan dipercayai kongsi gelap.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130527/je_23/Pemuda-maut-ditembak-rakan-hampir-putus-telinga-diserang-10-lelaki#ixzz2UVUsgNy6
© Utusan Melayu (M) Bhd



Man shot dead while drinking in restaurant with friends


KLANG: A man was shot dead while another was seriously injured when a group of men attacked them at a restaurant in Batu 6, Jalan Meru.
Klang Utara deputy police chief Supt Jani Ahmad said during the 1am incident, the victim, B. Santanam, 28, was having a drink with 18 other men when they were confronted by a group of 10-men who were armed with parang and pistol.

Artikel Penuh: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/27/nation/20130527164716&sec=nation

Samun langgar kereta

Kumpulan samun langgar belakang kereta tumpas

SHAH ALAM 27 Mei - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang melanggar belakang kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa setelah memberkas tujuh ahli kumpulan itu baru-baru ini.
Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang kehilangan trak pikap Toyota Hilux dalam kes samun di Kelana Jaya pada Rabu lalu.

Rugi RM1.7 Juta

Kediaman kerabat diraja Negeri Sembilan dipecah masuk, rugi RM1.7 juta


KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang kerabat diraja Negeri Sembilan kerugian RM1.7 juta selepas kediamannya di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini, dipecah masuk hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an kehilangan barangan berharga serta wang tunai dalam bentuk mata wang asing dan jam tangan berjenama.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130527/je_10/Kediaman-kerabat-diraja-Negeri-Sembilan-dipecah-masuk-rugi-RM17-juta#ixzz2UVNlO6Gn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Negri Sembilan royalty's house burgled, valuables worth RM1.7mil taken


KUALA LUMPUR: Burglars broke into the home of a Negri Sembilan royalty in Bukit Bandaraya, Bangsar on Monday and escaped with cash and valuables worth RM1.7mil.
Brickfields district police chief ACP Azlee Abdullah said in the incident at about 10am, the victim in his 50s, lost foreign currency and valuables including luxury watches.

Berita penuh di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/27/nation/20130527171241&sec=nation

Samun RM170,000

Polis Sabah tumpaskan 5 kumpulan samun

KOTA KINABALU 27 Mei - Polis menumpaskan kegiatan samun yang didalangi lima kumpulan penjenayah yang dilakukan di sekitar bandar raya ini selepas menahan 23 suspek termasuk seorang wanita baru-baru ini.
Hasil tangkapan kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 40 tahun, polis menemukan semula beberapa barang hasil samun yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM170,000.

Samun RM20,000

Polis Kedah buru 4 lelaki samun RM20,000


ALOR SETAR 27 Mei - Polis Kedah sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di Kampung Sungai Baru, Jalan Sungai baru, Alor Jangus, dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa kerugian kira-kira RM20,000 termasuk wang tunai RM8,000 apabila rumahnya disamun empat penjenayah berkenaan.

Pelaburan Emas








He he he kalau buat analisis sekadar berdasarkan chart di atas, nampak gaya nyer takde le beli emas setahun dua nie.


Update on 27/5/13- Tak perlu kata apa-apa, jadual pasti berbicara.

Sunday 26 May 2013

Mayat tanpa kepala & badan




BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan mengerikan tanpa kepala dan badan di dalam semak berhampiran Masjid Jalan Baru, di sini hari ini.

Mayat dari paras pinggang ke bawah, berseluar jeans itu ditemui pada 12 tengah hari oleh orang awam yang menebang pokok di dalam semak berkenaan.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu tetapi seorang wanita warga Myanmar mendakwa mayat itu adalah anak saudaranya berdasarkan seluar jeans berwarna hitam yang dipakai mangsa.


Baca berita penuhnya di http://www.astroawani.com/news/show/mayat-tanpa-kepala-dan-badan-ditemui-dalam-semak-15015

Thursday 23 May 2013

Pelaburan Hartanah



He he he kalau le teman gi check atm, tiba-tiba ada enam tujuh figure dalam tu mau jadi gila sekejap. Tapi ramai orang dah tak hairan sangat dengan duit macam nie sbb dalam berita rumah kena rompak sume cerita rugi dua tiga ratus ribu...huh banyak nyer orang yang  banyak duit ni ha ha ha.

Teman bila nengok duit sebanyak nie mula terlintas nak beli hartanah banyak-banyak walaupun loan tak leh dapat banyak. Boleh la nak fikir-fikirkan untuk melabur dalam hartanah sebab orang kata tak rugi beli rumah.