Monday, 27 May 2013

Maut ditetak ketika minum

Maut ditetak ketika minum

KLANG 27 Mei - Seorang pemuda yang sedang minum arak bersama adik dan tiga rakannya mati selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki di Lorong Tapah, Jalan Goh Hock Huat di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, A. Dalvin Raj, 21, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan akibat ditetak bertubi-tubi oleh kumpulan lapan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment