Saturday 1 June 2013

Kena Rantai Along

Along


Anda pernah dengar nama along? Anda pernah tengok gambar di atas ni? Sape tak pernah dengar tentang cerita kekajaman along atau ceti haram ni yang selalu kita hanya dengar sahaja, namun kini kita pula melihat kekejaman mereka..Namun sekarang kita dikaburi dengan along haram sahaja hingga kita lupa yang along halal dari segi undang-undang juga perlu dikurangkan..
Apa itu along haram dan along halal? Along haram ni dikatakan pemiutang atau pemberi hutang yang tak berdaftar dengan bank negara. Along halal pula ialah pemberi hutang yang berdaftar contohnya bank konvensional.
Bank biasanya mengenakan bunga setinggi 4-6% untuk setiap pinjaman manakala along haram juga rendah jika diikutkan syarat yang dikenakan iaitu 1-5% dan lagi mudah nak dapat berbanding bank. Cuma, along haram ni penipu dan selalu menukar syarat pinjaman ikut suka hati dia jer.. Bank pula tidak.

Dari segi kutipan hutang pula, adakah sama antara along haram dan halal ini? Kalau nk kira, memang hampir sama cuma along haram ni kejam skit. Along haram kejar penghutang yang tak leh bayar dengan konco-konconya dan bertindak ganas kalau masih enggan membayar. Bank macamana pula? Jika penghutang tak mampu bayar, harta benda akan ditarik dan diisytihar muflis kalau tak mampu bayar..so, tak kejam ke tu?

Sepatutnya kerajaan berusaha merendahkan bunga atau interest tu serendah mungkin, barulah rakyat mampu bayar balik pinjaman dan kuranglah along ni. Ada jugak tu yang pinjam along sebab nak bayar pinjaman bank..Tu bunuh diri namanya.

Jadi memang pemiutang sekarang ni kejam dan saya rasa semua dah tahu. Tapi nape tetap masih ramai yang meminjam? Biasanya 2 sebab, 1 sebab keperluan dan satu lagi sebab kehendak. Tips yang saya dapat dari beberapa orang yang bijak mengurus kewangan ialah:
kita boleh meminjam jika ianya untuk keperluan kita dan nilai pinjaman itu tidak melampau. Dan jangan sesekali meminjam untuk kehendak semata-mata atau untuk menunjuk-nunjuk kerana kelak akan memakan diri!!
Pinjaman tak boleh dipisahkan dengan peniaga. Nak berniaga memang perlukan modal, so pinjamanlah cara termudah. Tapi ramai yang tertewas dan akhirnya bergelar muflis atau bankrap sebab tersilap langkah. Jadi, janganlah wat pinjaman tanpa plan kewangan yang betul. Sekali anda digelar muflis, susahlah anda nak mulakan hidup baru. Baik berhati-hati dari mengejar kekayaan yang sekejap.

No comments:

Post a Comment