Saturday 1 June 2013

Gadis Dirogol Along

Gadis Dirogol Konco Ah Long Kerana Gagal Bayar Bunga Pinjaman

kes jenayah pembantu rumah warga sing

Seorang wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi menggantikan bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu. Semuanya berlaku selepas bekas majikannya yang menjadi perantara dengan along berkenaan sanggup mengarahkan dua lelaki, iaitu konco along berkenaan merogol bekas pekerjanya itu disebabkan gadis terbabit gagal berbuat demikian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya kini sedang dijalankan. Detik hitam dalam hidup wanita itu berlaku di sebuah hotel di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun menerima panggilan daripada bekas majikannya memberitahu terdapat kerja kosong di premisnya di Pekan Klang di mana tempat dia bekerja sebelum ini. Bagaimanapun, niatnya untuk mencari pekerjaan bertukar tragedi apabila dia dibawa ke sebuah hotel sebelum dirogol dua lelaki dipercayai pemungut bayaran bunga duit along terbabit.

Difahamkan, mangsa hanya membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada along terbabit, tetapi tidak mampu untuk membayar bunga hutang berkenaan selepas dibuang kerja hanya kerana mengambil cuti selama sehari.

No comments:

Post a Comment