Saturday 1 June 2013

Along Boom Rumah

Along ‘bom’ rumah
 
Angkara hutang along, sebuah rumah dihuni 10 orang sekeluarga hampir musnah dalam kebakaran selepas dibaling objek dipercayai molotov koktel dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Sentul, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kegagalan seorang ahli keluarga terbabit menjelaskan wang dipinjam daripada along. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang mangsa iaitu wanita berusia 50-an melihat sebuah kereta dipandu lelaki tidak dikenali berhenti depan rumahnya dan membaling objek.
“Sebaik objek itu dibaling, dia mendengar letupan di bahagian depan rumahnya disusuli api yang menyambar. Wanita terbabit meminta semua ahli keluarganya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah berkenaan.

Berita Penuh

No comments:

Post a Comment