HUTANG ALONG DARI RM1,000 JADI RM100,000 DALAM SETAHUN
Mula-mula bantu, kemudian diburu
Itu yang berlaku kepada Jihan (bukan
nama sebenar) apabila terjebak meminjam daripada ah long untuk
melunaskan bayaran bulanan kutu.
Sebelum ini, pendapatan Jihan
mampu mencecah RM300 sehari hasil keuntungan berniaga nasi lemak di ibu
kota dan ditambah dengan pendapatan suaminya RM2,000 selaku pemandu di
salah sebuah kedutaan asing, pendapatan seisi rumah itu amat mencukupi
untuk menampung kehidupan mereka tiga beranak.
Namun
secara halus, Jihan dijerat ah long melalui pelanggannya, Rani (bukan
nama sebenar) yang mempelawanya menyertai skim 'kutu'.
Setelah
sekian lama menyertai skim itu, Jihan berdepan masalah kewangan untuk
membayar wang giliran setiap bulan lalu dipujuk oleh Rani untuk membuat
pinjaman daripada suaminya yang didakwanya gemar membantu orang yang
dalam kesempitan.
"Terpedaya
dengan ayat manisnya, saya membuat pinjaman RM1,000, tetapi cuma
diberikan RM600 dan perlu membayar RM80 setiap hari selama 20 hari," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jihan
mengakui, tahap pendidikannya yang rendah membuatkannya mudah termakan
pujuk rayu Rani selain mendakwa seakan dipukau agar menurut sahaja kata
rakannya itu.
Disebabkan tertekan dengan
keadaan itu, Jihan mendakwa, terpaksa meminjam dengan ah long lain
sementelah Rani enggan membantu mahu pun menjawab panggilannya.
Namun, ia tidak membawa kepada sebarang penyelesaian apabila hutangnya makin bertambah dan dia makin kerap diugut.
Peliknya,
setiap kali dia berdepan masalah untuk menyelesaikan pinjaman, akan ada
ah long tidak dikenali menawarkan pinjaman melalui telefon serta
khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tanpa berfikir panjang, tawaran itu
diterima kerana takut dengan ugutan demi ugutan tanpa diketahui
suaminya.
Ada badan NGO yang Pakar uruskan Hal Ni
ReplyDeletewww.facebook.com/mapmajubersatu enterprise