Friday 2 August 2013

Orang Lain Pinjam Orang Lain Yang Tanggung. Siapa Pihak Berkuasa?





KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.  “Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam. Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

P/s: Walaupun ah long menyebarkan nombor telefon mereka di merata-rata tempat, tetapi jarang-jarang kita baca berita mereka dicekup pihak berkuasa.  Jangan pelik! Jangan pelik juga jika pihak berkuasa tempatan dan polis melakukan gotong-royong membersihkan iklan ah long di kawasan bandar dan sewaktu dengannya.

Berita Lengkap di http://networkedblogs.com/NJOwX


‘Jangan main-main lo’
[HM] Shah Alam : Akibat kesilapan seorang ketua keluarga, istilah Aidilfitri seakan tiada dalam keluarga itu apabila semua keperluan berbuka dan hari raya terpaksa dilupakan semata-mata hanya untuk membuatbayaran kepada empat peminjam wang tanpa lesen atau along sejak dua minggu lalu.Tiada juga baju baru bagi anak pasangan itu seramai empat orang yang berusia dua dan 17 tahun apatah lagi juadah berbuka enak seperti orang lain.
Menceritakan kekesalan mereka, pasangan suami isteri terbabit kini terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar ‘bunga’ atau faedah daripada empat along yang mencecah RM2,500 seminggu. Semuanya bermula apabila mangsa mahu dikenali sebagai Zam, 43, bertemu dengan seorang lelaki yang juga along di sekitar Klang yang menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM80,000 tanpa memerlukan syarat ketat, awal bulan ini.
Tanpa banyak bicara, Zam yang sememangnya mempunyai niat untuk membuat pinjaman bagi melangsaikan hutangnya sebelum ini bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan along terbabit yang antaranya memerlukan dia membuat ‘bayaran percubaan’ sebanyak RM1,500. Along itu memberikan alasan mangsa perlu membuat ‘bayaran percubaan’ terlebih dulu untuk memastikan dia mampu membayar jumlah sama selepas pinjaman diluluskan syarikat yang mendakwa sebagai peminjam wang berlesen itu.
Menurut Zam, selepas bayaran dibuat, along itu menghubunginya dan memaklumkan wang pinjaman dipohon sudah diluluskan tetapi dia perlu membuat bayaran lain untuk urusan pemprosesan dan duti setem yang keseluruhannya berjumlah RM1,200. “Disebabkan kesempitan wang, saya meminjam dengan empat along lain bagi membolehkan semua bayaran diminta dapat saya bayar dalam tempoh yang ditetapkan kerana mahu mendapatkan wang pinjaman bagi menyelesaikan hutang terdahulu.
“Selepas semua pembayaran berjumlah RM2,700 dibuat, along itu berjanji wang pinjaman RM80,000 akan dimasukkan terus ke dalam akaunnya sebelum along itu menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi,” katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, dia terpaksa meminjam daripada empat along dengan jumlah kira-kira RM8,000 kerana kesuntukan masa untuk menjelaskan hutang dengan kadar yang cepat kerana dia bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan di sebuah kilang. Katanya, disebabkan wang pinjaman RM80,000 dipohon gagal diperoleh menyebabkan dia kini diburu empat along dan memaksanya membuat pembayaran secara mingguan untuk setiap minggu yang mencecah RM2,500.
“Saya buntu untuk mencari wang bagi membayar empat along itu kerana sebahagian daripada gaji sudah digunakan untuk membayar hutang terdahulu dan baki gaji tidak sampai RM1,000 sebulan.
“Saya tak sangka akan dijerat seperti ini kerana beranggapan akan mendapat wang pinjaman RM80,000. Kini saya terpaksa memohon cuti tahunan bagi mencari wang untuk melangsaikan hutang empat along terbabit dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya.
Lebih membimbangkan, Zam berkata, ada antara along terbabit yang mengugut untuk datang ke rumahnya untuk menyimbah cat sekiranya dia lewat membuat pembayaran mingguan seperti diminta.
Katanya, dengan keadaan dia saja yang bekerja dan bebanan hutang melampau menyebabkan mereka sekeluarga kini ibarat ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ kerana tidak mempunyai wang untuk membeli barangan dapur.
“Saya tahu ini satu kesilapan dan saya menyesal kerana tersilap langkah sehingga menjerat diri sendiri dan keluarga. Saya mohon pada mana-mana individu atau pihak yang boleh memberikan bantuan kepada keluarga saya bagi meringankan beban,” katanya. - 30/7/13

P/s: TM sudah banyak kali memberikan komen fasal ah long keparat ini. Jadikanlah kisah di atas sebagai pengajaran.
Kalau terjerat, mungkin tiada sesiapa yang dapat membantu anda. Baru-baru ini, seorang lelaki yang menjadi mangsa ah long membuat tiga laporan polis, namun tindakan itu tidak dapat membebaskan dirinya daripada gangguan dan ugutan ah long. Baru-baru ini juga seorang gadis diaibkan dan dicabul oleh ah long keparat apabila ahli keluarganya gagal melunaskan baki pinjaman/bunga.
Mengapa sindiket ah long tidak berjaya ditumpaskan di Malaysia walhal jelas terpampang nombor telefon mereka di merata-rata tempat? Anda fikirlah sendiri!



4 comments:

  1. Ada badan NGO yang Pakar menguruskan hal2 ah long Ni
    www.facebook.com/mapmajubersatuenterprise

    ReplyDelete
  2. Hello,
    selamat datang ke syarikat pinjaman pinjaman global telah mengambil pinjaman peribadi, Pinjaman gadai janji dan pinjaman perniagaan dengan syarikat pinjaman pinjaman global adalah mudah pada kadar faedah hanya 2%. Pinjaman peribadi bercagar atau tidak bercagar untuk bercuti, pengubahsuaian rumah, kereta jenama baru atau untuk perniagaan anda. Pasukan kami adalah profesional yang komited dan berpengalaman yang berada di sini untuk memberikan anda perkhidmatan yang tiada tandingannya. hubungi kami hari ini melalui e-mel: emilianawilson111@gmail.com
    Tawaran termasuk:

    PINJAMAN PERIBADI
    ==================
    Pinjaman kenderaan
    Pinjaman rekreasi
    Pinjaman Peribadi / Tidak Bercagar
    Pinjaman Penyatuan Hutang
    Pinjaman Kesihatan
    ==================

    MORTGAGE PINJAMAN
    keperluan gadai janji semua orang adalah unik. penyelesaian gadai janji disesuaikan kami direka untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Sama ada anda membeli rumah pertama anda atau rumah anda yang seterusnya, kita mempunyai alat untuk membantu menjawab soalan anda setiap langkah perjalanan. Tawaran termasuk:
    Laras-Kadar Gadai Janji (ARMS)
    Konvensional Gadai janji kadar tetap
    Construction Loans
    Pelaburan Pinjaman Hartanah

    PINJAMAN PERNIAGAAN
    ==================
    Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini berbanding sebelum ini. Tawaran termasuk:

    hartanah komersial
    Barisan kredit
    Mesin dan peralatan
    pelaburan hartanah
    hartanah multifamily
    Jaminan Perniagaan Kecil Pinjaman Pentadbiran
    Terima kasih
    Mrs Emiliana wilson Ketua Pegawai Eksekutif, (GLLC)
    hubungi kami hari ini melalui e-mel: emilianawilson111@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Saya di sini untuk berkongsi kesaksian saya tentang apa yang dilakukan syarikat pinjaman yang dipercayai untuk saya. Nama saya Nikita Tanya, dari Rusia dan saya ibu yang cantik dari 3 kanak-kanak saya kehilangan dana saya untuk mendapatkan pinjaman yang sangat sukar untuk saya dan anak-anak saya, saya pergi ke talian untuk mencari bantuan pinjaman semua harapan adalah hilang sehingga satu hari yang setia ketika saya bertemu kawan saya yang baru-baru ini memperoleh pinjaman dari Perkhidmatan Pendanaan Le_Meridian Dia memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang jujur ini yang membantu saya mendapat pinjaman dalam masa 5 hari kerja, saya akan berterima kasih untuk selama-lamanya kepada Bapak Benjamin, kerana membantu saya kembali berjalan kaki. Anda boleh menghubungi Encik Benjamin melalui e-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com, mereka tidak tahu saya melakukan ini untuk mereka, tetapi saya hanya perlu melakukannya kerana ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan pinjaman sila datang ke syarikat ini dan selamatkan. Watsats: (1 989-394-3740)

    ReplyDelete
  4. Hello, I am Mohammedi Miah by name and I want to testify to a good lender who has loaned me a loan of $490,000.00, after being cheated by several international internet financiers, everyone promises to give me a loan after I have been forced to pay a lot of costs that are worthless or a loan Loan No positive result. Until I met a witness who was also scammed and eventually connected to a legitimate loan company called Standard Online Finance Company Limited, where he finally got his loan, so I decided to contact him Loan Company and all they assured me was that I would not cry more because I would get my loan from their company and I would follow them when they reported my surprise. They gave me a loan of $490,000.00 For more information about their services Email: standardonlineinvestment@gmail.com

    ReplyDelete